Friday, July 27, 2007

Seminar Kepimpinan 21-24 Julai 2007




Seminar kepimpinan kali ini dihadiri oleh 45 orang peserta. Seminar kali ini turut dihadiri oleh beberapa pemimpin daripada negara jiran, Indonesia. Penutup kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Politik, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Jaujan Sambakong dan juga rakan kongsi perniagaan masisng-masing.




Tuesday, July 24, 2007

Seminar Kepimpinan ke VI 2007

Seminar kepimpinan VI 2007, selama 3 hari malam baru saja berakhir (23/7/2007).Majlis penutup program tersebut dihadiri oleh ramai keluarga terdekat dan teman-teman rapat. Suasana sangat meriah dengan penganugerahan sijil dan juga hadiah.

Majlis penutup diserikan lagi dengan kehadiran setiausaha politik YB Dato Shafie Afdal, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Jaujan Sambakong. Beliau turut memuji program ini yang banyak membantu membentuk sikap pemimpin yang baik.

Seramai 45 graduan telah menamatkan latihan kepimpinan pada kali ini. Peserta terdiri daripada para usahawan dari malaysia dan indonesia. Mereka terdiri daripada berbagai kaum dan latarbelakang pendidikan.

Friday, July 20, 2007

Seminar Kepimpinan


Seminar Kepimpinan ini agak berbeza kerana modulnya menggabungkan aktiviti dalam dan luar bilik seminar.Tempoh kursusnya agak panjang,3hari 2 malam. Peserta seminar disediakan tempat tinggal dan juga makanan/minum.
Antara objektif seminar ini:
1. Membina pemimpin yang bertanggungjawab dan berdisiplin.
2. Menerapkan konsep kerjasama dalam keluarga dan masyarakat
3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran